Assalammualaikum ^.^


Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang di halaman rumah, tepi dan belakang rumah aku. Hubby aku minat bercucuk tanam. Sebenarnya, aku x tahu pun hubby minat benda2 cam gini. Mula2 aku ajak hubby ke kedai bunga. Sebab aku nak cantekkan halaman rumah kami dengan bunga-bungaan gitu..hehee.. Pastuhh hubby pun bawak le aku ke kedai bunga. Masa sampai di kedai bunga, x ada pula bunga yang berkenan di hati aku. Tapi, ada yang dikenan oleh hati hubby. Bukan bunga tapi POKOK CILI. Aku cakap le beli le dua. Dia macam excited tau (macam x pernah nampak pokok cili pun ada). Dia x nak beli dua. Dia nak beli SEMUA!! Semuanyaa ada 14 pokok. Selamat 14 pokok. Kalau 100?? Semua2 pokok cili amoi cina tuhh dia beli. Mula2 amoi tuhh jual RM6 satu pokok. Entah macam mana hubby pandai tawar2 dapat le RM4.50 satu pokok cili. Cantek2 pokoknya, bercabang2 dan setiap cabang ada cili. Aku pun excited jugak tengok tapi hubby beli banyak sangat. Macam nak meniaga kat pasa malam pun ada. Hubby kata ‘senang, x payah daa beli kat kedai, awak kan suka pedas2, kalau nak, petik jee’. Aku senyum2 jee le huhuu sebab selalu sangat aku pesan beli cili kalau hubby nak ke kedai. Cili habis. Cili habis hahaa. Aku memang suka pedas, x pedas rasa macam bila aku makan, aku makan angin (krik..krik..krik..)

Ha.. Start dari situ hubby minat bercucuk tanam nie. Pokok cili yang dibelinya dia tanam di halaman rumah hahaa. Berderet! Sepatutnya tanam le pokok bunga kee letak pasu bunga ke (yang konon aku nak letak pokok2 bunga, tapi suami aku daa rasmikan dulu dengan pokok2 cilinya) Aku balik2 kerja aku nampak pokok cili berderet suami aku dah tanam kat situ. Dia daa asingkan dari polybag masa kitorang g beli harituhh. Arghhh! Apee nak buat..sabo jele peah..suami..

Lepas tuhh hari2 dia siram, xpernah le dalam satu hari dia x siram pokok cili dia tuhh. Kadang2 dia pesan kat aku kalau dia balik lewat, tolong siram pokok cili dia huhuu. Kalau dia balik lewat pun walaupun daa malam bukan masuk rumah dulu. Terus ke pili air, bukak paip pastuhh siram pokok cili dia.. Aku tetap nak pokok bunga jugak, pastuhh hubby bawak ke tempat jual bunga yang lain. Kedai bunga orang melayu. Ha..kat sini aku terpikat tengok bunga2 dia sebab segar dan cantek. Aku beli pokok bunga ros/mawar merah jambu dengan pokok bunga lagi satu entah apaa namanya aku lupa (sebenarnya aku x tahu nama bunga tuhh).

Beli dua je dulu. Dua tuhh pun daa RM50 hahaa. Bulan depan tambah lagi hehee. Lepas tuhh hubby pun xnak kalah. Dia bawak pergi kedai beli benih apa sume. Dia kata dia nak menanam. Aku ikut jele. Benih bunga dia beli, tomato, kacang, peria. Beli punya beli sampaikan sekarang dah banyak jugak aku rasa hubby tanam. Antaranya :-
1) CILI (mula2 14 pokok, sekarang daa 27 pokok)
Aku daa petik cili2 masa nihh, kalau tak, banyak! nak tengok pun geram
 
2) TOMATO
3) KANGKUNG
4) PERIA
5) DAUN KESUM
6) PUCUK UBI
(* aku nak masukkan gambar tapi tak boleh pulak, cili jee boleh, problem tetibe, grrr..nanti le aku masukkan hehee)
Yang memang ada di kawasan rumah aku :-
1) DAUN KARI
2) SERAI
3) LENGKUAS
* senang adaa sume nie, jimat, x payah daa pergi kedai beli antara tanaman di atas nie hehee..
(BERBUDI PADA TANAH, IN SHAA ALLAH, PASTI ADA HASILNYA, AMIN)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
Hari tu aku ke Klinik Kesihatan. Demam. Suami aku bawak ke sana. Nak dijadikan cerita, aku ke sana masa waktu bekerja. Sebab pagi tu memang aku pergi kerja. Memang badan x larat tapi aku gagahkan juga pergi kerja. Dalam pukul 11 pagi camtuhh badan aku dah betul-betul x larat daa. Rasa nak pengsan dah nie. Sampaikan kepala aku nie daa terbaring kat keyboard daa. Office mate aku Kak Kham nampak dan nak hantar aku balik. Mujur time tuhh Kak Ilah (office mate jugak) nak balik ke rumah. Sebenanye office dengan tempat kerja aku x jauh. X sampai pun 5 minit. Almaklumlah tempat tinggal disediakan hehee. Jady, aku pun tumpang Kak Ilah merempit balik ke rumah.

Sampai kat rumah aku lupa pulokk.. suami aku hari nie ada kawad. Melatih anak buahnya berkawad. Aduh. Sapalaa nak bawak aku ke klinik nie. Nak drive keta sendiri kang terbabas ke lombong taik pulak. Nak x nak aku kena tunggu suami aku balik. Badan x larat daa, baring then tertidur. Sebelum tertidur tu sempat jugak aku bagi mesej cinta kat suami minta tolong bawakan aku ke klinik. Aku bagitau aku demam..hehehee (gediknye)
 
Tidur punya tidur, suami aku balik. Terus dia bawak aku pergi klinik. Sampai kat tempat parking leganya hati. Sikitnyaa kereta. Tersenyum aku sampai ke telinga. Bila masuk, senyum aku tuhh aku rasa tersorok dari telinga. RAMAINYA!!! Dorang nie datang naek apa. Kapal terbang ke?? Dengan longlainya langkah aku ni. Aku pergi ke kaunter pendaftaran nak ambil no giliran. Tapi alhamdulilah..aku diasingkan terus ke bahagian ibu mengandung bab muka aku ni nurse tu daa kenal daa. Dia tanya daa buat buku merah (buku untuk ibu2 mengandung) Alamak..aku x buat lagi. Bila fikir2 balik nie daa kali ke3 aku datang dia tanya pasal buku merah. aku jawab belum buat dengan berlakon muka sakit, tersedu2 hingus (aku selsema), uhuk2 batuk (konon, yang ni betul2 aku buat2 masa tuhh). Nurse tuhh suruh aku ke bilik no 2 bahagian ibu mengandung. Dia x marah huhuu. Masa kali kedua aku pergi pastu aku jawab aku x buat lagi dia marah. Dia ckp bila nak buat. Padahal buku tu kan kena buat sebelum 12 minggu kandungan. Kandungan aku baru 10 minggu 6 hari masa tu. Sabo jelaa.
 
Sampai jee aku kat bilik no 2 sorang lagi nurse rawat aku. Tanya aku pasal buku merah lagi. Aku kata belum buat. Dia tanya bila nak buat. Dia suruh hari ni singgah klinik mayam (klinik yang dekat dengan tempat tinggal aku, untuk ibu2 mengandung) klinik yang aku pergi sekarang ni klinik purun. Kena bebel sekejap bab daa tiga kali dia pesan suruh buat buku merah tp aku x buat2. Nurse nie pun cam muka aku..adehhh..
 
Pastuh tekanan darah aku kena ambek. Tekanan darah ok. Alhamdulilah. Check suhu memang demam 37.7 darjah celcius. Check batuk n selsema. Pastuhh aku nmpak dye kuakan jarum.. (aish, nie laa yang aku x suka nie..) Proses ambek darah pun berjalan..lengan tangan disingsing. Atas siku diikat dengan glove dia. Then, jarum dikeluarkan. diketuk2 jarum tuhh. Pastuhh diketuk2 lengan aku tuhh cari urat. Daa dapat cari apa lagi, dicucuk! Perhh..dia x dpt urat aku pulak..grrrr.. Diketuk2 lagi. Dalam hati aku punyalaa 'suka'..' hehee. Dan dicucuk lagi. Dapat. Aku nampak laa darah aku disedut oleh jarum yang sangat aku sayeng tuh. Daa dia ambek darah tu dia letak kapas kat tempat dia cucuk tadi. Then, dia suruh kepit lengan tu. Pastuhh, dia suruh aku ke farmasi. Ambil ujian air kencing pastuhh bagi sampel darah aku tu kat farmasi untuk pemeriksaan. Aku pun pergi laa ke farmasi tuhh. Bagi darah aku kat orang dalam bahagian farmasi tuhh. Pastuhh dia bagi aku bekas kecil (tuhh x payah laa aku citer, korang mesti tahu apakebendanyee tu kan)
 
Lepas tu, aku rasa lengan aku sakit gila. aku bukak kapas kat lengan aku tuhh. perhhhh. BENGKAK!! Rupa2nya, nurse tuhh x cabut glove yang dia ikat atas siku aku tuhh. Darah aku memang terkumpul laa. Meleleh darah aku kat lengan. Ya Allah.. aku rasa macam nak maki orang jee time tuhh. Tiba2 aku teringat uztazah aku pesan.. "SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.." (Tetibe) Aku tarik nafas dalam2 bagi lega hati aku ni. Aku pun cabut laa glove nurse tuhh kat lengan aku ni. Lama kelamaan hilang bengkak tuhh. Tapi sampai sekarang ada kesan lebam (masa aku tenga conteng blog aku ni pun aku belek kejap lengan aku, ha! memang masih lebam!)
 
Daa selesai pemeriksaan tuhh. Aku pergi balik kat bilik no 2. Pastuhh nurse lain daa yang jaga. Aku tanya nurse tady mana? Nurse tady pergi rehat, saya ganti dia. ARGGHHH! Tetibe otak aku berserabut, mungkin sbb x dpt nak sound setepek nurse tuhh tdy. Tp, xpelaa. Xde rezeki laa tuhh nak marah orang masa tuhh. Ros2, x padan dengan sakit. Selamat laa dia g rehat law x, klua tanduk aku sekejap masa tuhh.
 
Pastuhh, nurse tuhh suruh aku ke kaunter pendaftran balik. Ambek no giliran untuk jumpa doktor. Laa, kena jugak haha. Aku igtkan x kena. Aku pun pegi laa.. Lagi 13 orang aku kena tunggu untuk jumpa doctor. Nie memang lama. 2 jam aku tunggu. No giliran tuhh mcm x gerak2. Ya Allah.. dengan badan aku panas. Dengan lengan aku berdenyut2 saket. Hmm.. saba jelaa. Cobaan.. Pastuhh sampailaa giliran aku jumpa doctor. Doktor check pastuhh nak masukkan air dalam badan pulak. Alamak.. aku cakap aku xnak. Doktor cakap mana boleh xnak. Aku cakap lagi aku x nak. Doktor ulang balek mana boleh xnak. Aku pun ulang balek aku x nak. Doktor tuhh mgkin fedup dia x masukkan air kt badan aku. Alhamdulilah. Dia bagi senarai ubat pastuhh aku pun klua g amek ubat (tu pun kena amek no giliran lagi. tunggu lagi 11 orang) Pukul 4 baru siap, dari pukul 12.30.
 
Kat bawah nie aku nak bagi info cket pasal derma darah (even xde kena mengena dengan cerita aku kat atas hee..)
 
Korang nak tau?  Satu unit darah yang korg dermakan dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah, ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit Talasemia, pesakit Anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia dan pesakit Haemifilia.

Lagi satu, nak dermakan darah pun bukannya sesiapa jee boleh derma. Korg mestilah :-
 
- Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
- Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun  
- Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
- Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
- Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh doktor.  
- Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
- Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
- Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya. 

* sikit jee aku kongsi kat korang ni. nak tahu banyak2. pergi ke sini hehee..
 






Powered by Blogger.